0Item(s)
0 0

Catatan Penyepak Kertas Siri 2

Product Code EA3126
Product Name: Catatan Penyepak Kertas Siri 2
Category: Ambran Abu Bakar
Star Rating: Not Available
Printable: YES
Original Price: RM 40.00
After Discount: RM 8.00
  ECopy (PDF) via Email

Catatan Penyepak Kertas Siri 2

Berkelana di negara orang selepas meninggalkan negara tercinta adalah satu cabaran besar yang terpaksa dihadapi khususnya bagi seorang pelajar. Namun apabila diamanahkan untuk meneruskan perjuangan untuk membawa pulang segolong Ijazah dengan tajaan Kerajaan terpaksalah dihadapi apa juga cabaran dan halangan yang mendatang. Siri 2 e-book ini yang antara lain merangkumi beberapa tajuk akan meneroka asam garam penghidupan penulis ketika menuntut di Boston University, Amerika Syarikat selama 2 tahun selepas menyelesaiakan ijazah pertama di UITM (Dulunya ITM). Penghidupan di negara orang membolehkan kita berdikari dan mempelajari ertikata kehidupan sebenar dalam usaha menambah ilmu dan meraih pengalaman sebagai bekalan ketika kembali ke tanahair - di samping menyediakan diri untuk menghadapi liku-liku penghidupan pada masa akan datang. Setelah pulang ke tanahair, penulis ditawarkan jawatan Pensyarah Kewartawanan di Universiti Malaya dan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengalaman yang ditimba sebagai wartawan sebelum melanjutkan pelajaran ke ITM & Boston University menjadi perencah pengalaman yang banyak membantu tugas kerjaya sebagai Pensyarah. Siri 2 e-book ini juga turut menyertakan intisari pegalaman ketika penulis bertugas di TV3 selepas meninggalkan kerjaya sebagai Pensyarah di UM. Beberapa tajuk penulisan akan meneroka beberapa siri pegalaman menarik ketika bertugas di TV swasta itu. Semoga bahan yang dihidangkan berguna untuk menambah kerangka ilmu dan maklumat kepada pembaca sekelian. Selamat membaca.


Currently No Review